close button

close button

Menjelang Pertemuan Malaysia vs Syria 14 Mac 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

Apa jua keputusan ketika berdepan Syria pada aksi penutup tirai Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia yang akan berlangsung di Stadium Raja Abdullah, Jordan, malam esok tidak lagi memberi sebarang makna dan peluang kepada skuad Olimpik negara untuk menjejakkan kaki ke temasya Olimpik 2012 tidak lama lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Peluang untuk ke Olimpik 2012 jelas tertutup rapat buat skuad negara selepas menduduki ke tangga tercorot tanpa mengutip sebarang mata, namun ia bukan alasan bagi skuad kendalian Ong Kim Swee untuk sekurang-kurangnya menjadi halangan bagi mengekang impian Syria untuk mara lebih jauh.

Dendam selepas tewas 0-2 kepada skuad kendalian Immad Khankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejurus selepas mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November lalu juga pastinya memberi kesan kepada pemain muda negara.

http://speakerpecah.blogspot.com
Kedudukan Malaysia Dalam Kumpulan C

Pada masa yang sama, Kim Swee pastinya lebih bijak dan sekadar menurunkan skuad 'eksperimen' semata-mata di Jordan malam esok ekoran aksi menentang kelab Albirex Nigata pada saingan liga Singapura (Liga-S), Ahad ini dilihat jauh lebih penting, terutamanya selepas berjaya mengutip enam mata maksimum hasil dua kemenangan ke atas Gombak united dan Tanjung Pagar United sebelum ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Skuad Kim Swee berlepas ke Jordan semalam tanpa kehadiran Gary Steven Robat dan Thamil Arasu yang terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan. Disebabkan itu, Ong Kim Swee dijangka menggandingkan Syahrul Azwari Ibrahim bersama Ahmad Shakir Md Ali atau penyerang Felda United, D. Saarvindran bagi menggempur benteng Syria, manakala Ahmad Fakri Saarani dijangka mengisi kekosongan Gary di bahagian tengah untuk bergandingan bersama Irfan Fazail dan Nazmi Faiz Mansor.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Syria pula yang ketika ini berkongsi sembilan mata bersama Bahrain pastinya menurunkan pasukan yang terkuat bagi menjamin slot kalah mati untuk layak ke London akhir Julai depan. Satu lagi aksi membabitkan pertemuan antara Bahrain dan pendahulu kumpulan, Jepun yang kini selesa mengutip 12 mata di Tokyo malam esok.



Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.