close button

close button

Melia Aimiellia Tarik Balik Saman, Sudah Memaafkan Penulis Blog


Sebelum ini kami ada memaparkan entri mengenai "Melia Aimiellia & Penulis Blog Berdamai ?" selepas kedua-dua belah pihak dikatakan ingin berbaik semula atas kesalahan masing-masing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sidang media berhubung berita baik itu yang berlangsung di Saloma bistro, Jalan Ampang petang semalam (Jumaat) telah menjelaskan segala pertanyaan para peminat dan media apabila Melia Aimiellia secara rasmi membuat kenyataan bahawa dia sudah memaafkan dan menarik balik kesilapan penulis blog hiburan berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Melia, dia berasa lega kerana dapat bersihkan nama baik diri dan keluarganya. Untuk makluman, sebelum ini Melia telah dikaitkan dengan isu video bogel yang dikatakan beliau adalah individu yang berada di dalam video tersebut.

“Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.

“Lagipun mereka sudah meminta maaf secara terbuka dan mengaku salah menulis segala tuduhan tanpa usul periksa terlebih dahulu,” ujar Melia Aimiellia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, penulis blog hiburan berkenaan yang telah menuduh dan menyebarkan beberapa keping gambar bogel gadis mirip Melia itu juga hadir dalam majlis sidang akhbar ini yang dianjurkan oleh persatuan Seniman. Pemilik blog, Ismail, telah meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesilapan mereka terhadap pelakon heroin filem "Karipap-Karipap Cinta" itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya ucapkan terima kasih pada Melia kerana menarik balik laporan polis dan SKMM terhadap kami. Saya juga meminta maaf kerana menulis artikel berkenaan dan menuduh anda.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Sekali lagi, kami meminta maaf secara peribadi dan terbuka kepada Melia Aimiellia dan keluarga atas tuduhan sebelum ini.” kata Ismail.

Diharapkan isu ini tidak kembali panas lagi setelah kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berbaik-baik semula.




Sumber: Ohbulan

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.