close button

close button

Maut Tersepit Selepas Dihimpit Lori Sendiri

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LIPIS - Seorang pemadu lori maut ketika sedang membaiki pintu lori miliknya di kawasan bengkel di Ladang Sungai kelembung, Jalan Felda Telang Satu, di sini, kira-kira jam 2.20 petang kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata, semasa kejadian, mangsa Lau Hon Yong, 53, dipercayai sedang membaiki kerosakan pintu hadapan lori terbabit sebelum kenderaannya itu bergerak lalu menghimpiy badan mangsa ke sebatang pokok kelapa sawit.

“Mangsa meletakkan kenderaannya kira-kira 1.5 meter dari ­sebatang pokok kelapa sawit. Mangsa dipercayai tidak menyedari lori itu bergerak menyebabkan dia tersepit di antara pintu lori dan pokok kelapa sawit ketika sedang membaiki kerosakan kenderaan ­terbabit,” katanya, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Abdul Razak berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Kita masih menyiasat sama ada brek tangan lori itu tidak ditarik ­dengan kemas atau ia tidak berfungsi dengan baik. Lori itu dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berk­omputer (Puspakom) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah untuk mendapatkan kepastian mengenai ­kejadian berkenaan,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.