close button

close button

Mark Zuckerberg Bercuti Di Shanghai Bersama Kekasih (6 Gambar)


SHANGHAI - Percutian Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg di sini mencetuskan spekulasi di Internet bahawa Facebook mungkin kembali ke China.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Beberapa penulis blog teruja memuat naik gambar Zuckerberg dan teman wanitanya itu di sebuah kedai Apple dan di galeri seni di Shanghai, kelmarin.

Mereka melahirkan harapan ia mungkin bermakna akses ke laman popular itu kembali ke China sejak ia disekat pada tahun 2009.

"Adakah ini bermakna... Facebook bersedia untuk tidak disekat?" kata seorang pengguna mikroblog, Sina Kelisisong.


Menurut sumber, Facebook memiliki lebih 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan ia mendahului rangkaian sosial di kebanyakan negara kecuali enam buah negara termasuk Rusia dan China.

Pada bulan lalu, pihak Facebook di California menyatakan ia 'menilai untuk memasuki China' yang merupakan pasaran Internet terbesar dunia.

Beberapa penganalisis berkata, peluang Facebook untuk memasuki semula pasaran di negara yang memilik setengah bilion pengguna Internet adalah tipis.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Bagaimanapun, pengguna Internet China meramalkan Zuckerberg, 27, mungkin mahu menembusi pasaran China semada berada di sini.

"China sentiasa menjadi pusat perhatian (kepada firma teknologi asing)," kata seorang penulis blog, Qimeng Luosong.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

"Mungkin esok, apabila kita bangun pagi, kita akan boleh membuka Facebook," tambahnya.

Beijing cuba untuk menyekat kandungan yang dipercayai sensitif melalui sistem penapisan yang dikenali sebagao 'Great Firewall of China'.

Para pengguna Internet hanya boleh mengakses laman-laman yang disekat menerusi rangkaian persendirian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Sebelum ini, Zuckerberg berkata, dia menghabiskan banyak masa untuk mempelajari bahasa Cina dan melawat negara itu pada Disember 2010 bersama teman wanitanya, Priscilla Chan, ketika bertemu ketua ejen carian terbesar di negara ini, Baidu.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.