close button

close button

Lelaki Dapat Wajah Baru Selepas 15 Tahun 'Sembunyi' Di Sebalik Topeng (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

WASHINGTON - Seorang lelaki berusia 37 tahun yang sebelum ini cedera dalam satu kejadian tembakan diberi wajah, gigi, lidah dan rahang baru yang disifatkan oleh doktor sebagai pemindahan muka besar-besar pernah dilakukan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pegawai di Pusat Perubatan Universiti Maryland mengumumkan semalam, Richard Lee Norris semakin pulih selepas pembedahan selama 36 jam minggu lalu.

Dia mula merasakan wajahnya dan sudah pun boleh memberus gigi serta bercukur. Dia juga memperoleh semula deria bau yang hilang selepas insiden berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Norris, selama 15 tahun lalu, hidup menyendiri, bersembunyi di sebalik topeng dan hanya keluar pada waktu malam sahaja. Pemindahan itu akan mengembalikan kehidupan asalnya, kata ketua pakar bedah, Dr. Eduardo Rodriguez.

“Ia bagaikan hidup di alam fantasi ketika melihat wajahnya. Sebelum ini, orang akan merenung Norris kerana dia memakai topeng dan mereka mahu melihat kecacatan di wajahnya,” kata Rodriguez.


“Kini, mereka punya alasan lain untuk merenungnya dan ia sungguh menakjubkan,” kata Rodriguez. Pakar bedah menggelarnya pemindahan muka paling lengkap di dunia yang membolehkan lelaki dari Virginia itu muncul di sebalik topengnya selepas 15 tahun.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketika Norris menembak dirinya di bahagian muka pada tahun 1997, dia kehilangan hidung, bibir dan semua pergerakan di mulutnya.

Dia telah menjalani pelbagai pembedahan menyelamatkan nyawa dan membentuk semula wajahnya, tetapi tidak begitu berjaya seperti ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dia bagaimanaoun menerima wajah bari daripada seorang penderma yang tidak dikenali minggu lalu. Penderma itu turut menyelamatkan lima lagi pesakit pada hari sama melalui pendermaan organnya.

http://speakerpecah.blogspot.com

Enam hari selepas pembedahan dijalankan, Norris sudah boleh menggerakkan lidahnya dan membuka serta menutup matanya. Dia juga dilaporkan pulih lebih cepat daripada jangkaan doktor.




Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.