close button

close button

Laman Sosial Punca Banyak Berlaku Penceraian

http://speakerpecah.blogspot.com

AMPANGAN -  Kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada golongan remaja, sebaliknya pasangan yang sudah berkahwin juga tidak terlepas daripada kesan negatif ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Wanita Umno Bahagian Seremban, Datuk Shamsiah Ali berkata, statistik menunjukkan 30 peratus penceraian berpunca daripada pengguna ICT yang meluas.

Menurutnya, kebanyakan pasangan lebih cenderung untuk berlaku curang berikutan perhubungan sulit di laman sosial sukar dikesan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“ICT banyak memberi kemudahan dan kebaikan kepada semua jika ia dimanfaatkan dengan betul.

“Namun pada masa sama ia juga boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya disalah gunakan termasuklah berlaku curang,” katanya semasa mengetuai rombongan men­ziarahi golongan kurang bernasib baik di Rumah Rakyat Sikamat 2, dekat sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Shamsiah berkata, penceraian bukan sahaja mendatangkan konflik tetapi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa dan terbiar.

“Kita mahu masyarakat sedar akan keburukan ICT khususnya laman sosial sekiranya ia disalahgunakan,” katanya.

Katanya lagi, pasangan yang bermasalah dalam rumah tangga seharusnya merujuk kepada pihak berkenaan bagi menyelesaikannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Perceraian adalah perkara yang perlu dielakkan kerana ia meruntuhkan institusi ke­keluargaan di samping men­datangkan banyak masalah khususnya kepada anak-anak,” katanya.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.