close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: T-Team vs Pahang Piala FA 2012 (Video)


T-TEAM 3-2 PAHANG

Malam semalam telah berlangsungnya perlawanan tunggal di antara T-Team menentang Pahang dalam saingan Piala FA pusingan kedua. Pasukan T-Team mengesahkan slot ke peringkat suku akhir Piala FA milik mereka setelah berjaya menewaskan Pahang 3-2 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bermain di laman sendiri memberi keyakinan kepada pasukan yang diberikan jolokan 'penyu muda' itu menguasai permainan sebaik wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil perlawanan, Mohd Nazmi Nasarudin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada babak pertama menyaksikan benteng pertahanan T-Team kendalian pemain baru pulih daripada kecederaan, Fadzli Saari dengan gandingan pemain import Bosnia, Herzegovina Bojan Petric, ternyata sukar ditembusi skuad Tok gajah, yang sekadar mampu melakukan rembatan jarak jauh. Tiada sebarang jaringan dihasilkan dari kedua-dua pasukan pada babak pertama.

Babak kedua bersambung dan Pahang memperoleh gol pembukaan menerusi Hazuan Daud pada minit ke-49, yang membuat rembatan dari luar kotak penalti menewaskan gol tuan rumah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tersentak dengan jaringan pelawat, anak didik Yunus Alif bangkit mencari gol penyamaan dan Azrul Hazran bijak mencari peluang dengan meledakkan gol penyamaan pada minit ke-55.
Pahang sekali lagi mara kehadapan meninggalkan T-Team selepas Azamuddin Akil menjaringkan gol kedua pada minit ke-58.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kealpaan Pahang kemudian dihukum selepas pasukan T-Team menerusi pemain Fazdli sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan dengan pasukan pelawat.
Aksi bertambah rancak apabila kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gol lawan masing-masing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, nasib menyebelahi kepada T-Team apabila pada minit-minit akhir perlawanan, Faiz Subri menjadi wira apabila berjaya memevah kebuntuan itu dalam masa tambahan.



T-Team vs Pahang [3-2] Piala FA 2012



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.