close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Suku Akhir Pertama Piala FA 24 Mac 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 24 Mac 2012 sudah pun selesai. Beberapa pasukan memiliki bekalan selesa untuk ke suku akhir kedua pada 27 Mac 2012 ini, namun skuad Kenari perlu lebihkan usaha untuk cuba mencari gol di Kuala Terengganu nanti berdepan ribuan penyokong T-Team. Berikut merupakan analisis ringkas Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 24 Mac 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
KL SPA FC 0-3 KELANTAN

Kelantan berjaya menjaringkan tiga gol penting apabila gah menumpaskan pasukan KL SPA FC yang telah mencipta sejarah tersendiri mara ke saingan suku akhir Piala FA 2012. Gol pembukaan Kelanan diperoleh menerusi jaringan kapten pasukan, Badri Radzi (Piya) pada minit ke-45. Babak kedua bersambung, Kelantan terus mengasak untuk mencari bekalan selesa ke Kota Bharu dan Norfarhan berjaya menjaringkan dua gol peribadi pada minit ke-56 dan minit ke-81.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
TERENGGANU 1-0 LIONS XII FC

Kegagalan pemain import Terengganu memanfaatkan beberapa peluang keemasan menyebabkan jagoan pantai timur ini hanya ada bekalan satu gol sahaja untuk bertandang ke Stadium Jalan Besar, Singapura pada 27 Mac 2012 ini. Lions XII FC ternyata berjaya mengekang asakan serangan Terengganu, namun kehilangan seorang pemain selepas menerima kad merah dan ia sedikit menjejaskan keutuhan benteng pertahanannya. Joseph Tie mnghukum kealpaan Lions XII FC apabila berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti untuk Terengganu menang 1-0.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
KEDAH 0-0 T-TEAM

Aksi cukup sengit berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah dan T-Team yang saling mengasak namun kegagalan menjaringkan gol menyebabkan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Sudah tentu sesuati yang amat sukar baut skuad Kenari untuk menembusi gawang T-Team di Kuala Terengganu, Selasa ini.




Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.