close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Sime Darby vs Johor FC 23 Mac 2012


SIME DARBY 3-2 JOHOR FC

Pasukan pilihan, Johor FC tewas di tangan Sime Darby 2-3 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Permainan yang dipamerkan kedua-dua pasukan dilihat seimbang sejak wisel pertama dibunyikan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, Johor FC banyak mempamerkan aksi cemerlang dengan mengatur rentak dari bawah dan kerap memiliki peluang keemasan, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila sering kali dipatahkan barisan pertahan skuad Sime Darby. Sime Darby bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan selepas berjaya menyudahkan gol pembukaan yang dihasilkan seawal minit ke-7 menerusi Azmirul Azmi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Rentak permainan yang dipamerkan Johor FC belum mampu untuk menampakkan hasil, sebaliknya Sime Darby terus menambah tekanan kepada Johor FC selepas berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Razali U. Kandasamy.

Tersentak dengan gol kedua, Johor FC dilihat tertekan dan terus menambah asakan. Kebuntuan gol skuad bimbingan K. Devan itu akhirnya terjawab selepas tonggak import mereka, Arthur Hendreque berjaya menyempurnakan jaringan , seminit sebelum masa pertama tamat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perlawanan disambung pada babak kedua dan dilihat Johor FC sering melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan. dalam keghairahan memburu gol penyamaan, pemain import, Patrick R. Wleh seolah-olah menghancurkan harapan Johor FC apabila berjaya menjaringkan gol ketiga Sime Darby pada minit ke-70. Bagaimanapun, Johor FC berjaya merapatkan jurang permainan, sekali lagi menerusi sentuhan Arthur pada minit ke-80. Keputusan 3-2 berlanjutan sehingga wisel penamat. Selepas ini kedua-dua pasukan akan turun berentap sekali lagi pada aksi kedua suku akhir yang bakal berlangsung di Stadium majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 27 mac 2012 nanti.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.