close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Lions XII vs Felda United Liga Super Malaysia 6 Mac 2012 (Video)


LIONS XII 3-1 FELDA UNITED

Lions XII dari Singapura mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Felda United dalam perlawanan tunggal Liga Super yang berlangsing di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam semalam (Selasa).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian V. Sundramoorthy, yang sebelum ini menduduki tangga kelima, merampas tempat kedua daripada Terengganu selain berkongsi 17 mata, namun dibezakan hanyalah jumlah jaringan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada perlawanan itu, pemain tengah Lions XII, Harris Harun mengjaringkan gol pembukaan pada minit keenam, selepas berlaku kelam kabut di depan pintu gol pelawat.

Raimu Mohd Noor menyamakan kedudukan pada minit ke-20 menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Hyrulnizam Jumaat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Aksi kedua-kedua pasukan semakin rancak pada babak kedua perlawanan, namun tuah menyebelahi tuan rumah selepas Sufian Anuar menggandakan jaringan gol buat Lions XII pada minit ke-51 menerusi sepakan leret dari luar kotak penalti untuk menewaskan Mohd Hamsani Ahmad di pintu gol Felda United.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Gawang Felda United terus dibolosi dengan jaringan daripada kapten pasukan Lions XII, Shahril Ishak untuk gol ketiga pada minit ke-66 selepas pemain tuan rumah, isa Halim, dijatuhkan Mohd Lot Hassan dalam kotak penalti.

Tuan rumah hampir menambah jaringan keempat selepas mendapat sepakan penalti kedua, namun gagal disempurnakan Shahril untuk memastikan keputusan itu kekal sehingga permainan tamat.


Lions XII 3-1 Felda United




Sumber: Sinar Harian, Sokernet

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.