close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Liga Perdana Malaysia 5 Mac 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

ATM 4-0 USM FC

ATM kembali merampas takhta Liga Perdana daripada Pahang apabila pasukan itu mengatasi USM FC 4-0 dalam saingan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi (5 Mac 2012). Sebaik aksi separuh masa pertama sepak mula, ATM dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan membuat serangan bertali arus ke gawang USM yang dikawal oleh Mohd Al-Hafiz Hamzah namun gagal membolosi gawang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, pada minit ke-33, Zaquan Adha Abd Razak muncul sebagai penjaring terawal bagi ATM  apabila bijak menolak masuk ke dalam gawang untuk memecah kebuntuan. Selang empat minit kemudian, giliran kapten ATM, Hairuddin Omar pula meledakkan gol kedua buat pasukannya dan kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, USM yang dikendalikan oleh S Valoo cuba tampil memberi asakkan namun serangan yang dihasilkan muda dipatahkan barisan pertahanan ATM dan penjaga gol, Farizal Harun. ATM sekali lagi terus kehadapan dengan gol ketiga menerusi jaringan Christie Jayaselan selepas merembat kencang bola daripada hantaran lintang Vanice Elphi. Vanice juga tampil sebagai pencetus jaringan keempat ATM  selepas hantarannya sebelak kirinya ditanduk masuk A Varathan pada minit ke-88. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.




Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.