close button

close button

KEPUTUSAN PENUH: Kelantan vs Navibank Saigon 7 Mac 2012


KELANTAN 0-0 NAVIBANK SAIGON

Juara Liga Super 2011, Kelantan memulakan saingan dalam perlawanan Piala AFC 2012 dengan langkah kurang memuaskan apabila sekadar seri 0-0 menentang Navibank Saigon FC dari Vietnam yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini (Rabu). Beberapa peluang terhidang di sepan pintu gol pasukan lawan yang gagal disempurnakan jentera serangan Kelantan dalam 90 minit perlawanan menyebabkan ia terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kedua-dua pasukan bermain dalam keadaan padang yang dibasahi air berikutan hujan pada separuh masa kedua perlawanan menyukarkan hantaran dan pergerakan bola.

Menurut Bernama, corak permainan pada babak pertama agak seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan serangan, namun gagal untuk menghasilkan gol.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemain tengah pasukan kelab dari Vietnam, dang Khanh Lam membuat cubaan seawal minit kelapan, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pemain import pasukan tuan rumah, Mohamad Ghaddar melepaskan peluang terbaik untuk menghasilkan gol pertama pada minit ke-26 tetapi rembatan padunya tersasar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, Kelantan banyak memperoleh peluang untuk menghasilkan gol namun gagal sehingga pengadil perlawanan dari Taiwan, Hsu Min Yu meniupkan wisel penamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, satu lagi perlawanan kumpulan H, kelab dari Indonesia, Arema Indonesia mencatakan keputusan seri 1-1 dengan pasukan kelab dari Myanmar, Ayeyawady dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gajayana, Indonesia.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.