close button

close button

Kepala Hancur Tembus Besi Penghadang

http://speakerpecah.blogspot.com

SEREMBAN - Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi sebatang besi penghadang dalam kemalangan ngeri di kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, wanita yang dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, rakan mangsa yang parah di kepala dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk menerima rawatan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji, berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Sejurus tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

“Bagaimanapun, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bangi terpaksa ambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong pe­ngadang besi berkenaan untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Polis Daerah nilai, Superintendan Mohd Yusof Awang mnegesahkan menerima laporan kemalangan.


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.