close button

close button

Kelapa Aneh Empat 'Mata' Ditemui


KERIAN - Seorang penduduk di sini, Bidi Wahab menganggap penemuan sebiji kelapa yang mempunyai  empat 'mata' sesuatu yang luar biasa memandangkan kelapa kebiasannya hanya mempunyai tiga 'mata' sahaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, dia sendiri langsung tidak menyedari kehadiran kelapa yang baru dipetik itu dari kebun berhampiran.

"Biasanya kelapa yang hendak dijual, saya dilonggokkan sahaja di tepi jalan dan setiap longgok ada empat biji. Saya menjualnya dengan harga RM5 selonggok,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, jualannya langsung tidak dibeli oleh pelanggan dan keadaan itu membuatkannya berasa pelik.

“Selalu tidak sampai satu jam, pasti akan habis kesemuanya tetapi sudah lima kali saya pergi berjual namun tidak ada sesiapa pun yang mahu beli,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian yang berlaku sejak seminggu lalu tidak memutuskan semangat Bidi wabah namun nasib malang terus menimpanya.

Kemudian saya bercadang memberi kelapa itu kepada anak namun saya terlupa, kemudian saya memutuskan untuk menggunakannya sendiri,” katanya.

Bibi terkejut apabila mendapati empat 'mata' di  bahagian atas kelapa itu dan ia adalah penemuan pertamanya semenjak lebih 50 tahun menjual kelapa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Selepas menyedari kejadian itu, kelapa yang lain laris terjual. Kini, saya menyimpan kelapa aneh itu sebagai koleksi peribadi dan bercadang untuk menjualnya sekiranya ditawarkan dengan harga yang berpatutan,” katanya.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.