close button

close button

Kelantan Benar Hiburan Yang Tidak Langgar Syariat

http://speakerpecah.blogspot.com

PASIR PUTEH - Kerajaan Pas Kelantan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengadakan pesta hiburan asalkan ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, Islam membenarkan umatnya mencari hiburan kerana ia selaras dengan fitrah manusia yang suka berhibur.

"Apa yang penting pengisian itu tidak melanggar syariat yang digariskan oleh Islam," katanya ketika berucap pada majlis Pesta Air Tok Bali di sini hari ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pesta itu dirasmikan oleh Sultan kelantan, Sultan Muhammad V. Pada pesta tersebut dilihat turut hadir bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan lebih 1,000 penduduk Pasir Puteh.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Nik Aziz berkata, kerajaan negeri sebelum ini membenarkan pelbagai pihak termasuk artis terkenal tanah air serta stesen televisyen mengadakan persembahan dan mempromosikan program dan produk mereka.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.