close button

close button

Kejadian Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 7 Mac 2012 (5 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Hujan berlarutan sehingga 12 jam menyebabkan kawasan di sekitar Kuala Lumpur dinaiki air dengan cepat. Antara kawasan-kawasan yang terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P. Ramlee dan beberapa kawasan di sekitar Ampang teruta bukit Belacan dan Lembah jaya yang dinaiki air sehingga ke paras pinggang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat itu ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang, manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta Jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, hampir 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam tadi apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.

Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com





Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.