close button

close button

Kalimah Allah Pada Logo Kerajaan Negeri Salah

http://speakerpecah.blogspot.com

SERI KEMBANGAN - Penduduk di Taman Universiti Indah di sini, meluahkan rasa tidak berpuas hati dan kecewa apabila mendapati kalimah Allah pada logo Kerajaan Negeri tidak berada di tempat yang sepatutnya dan dipamerkan pada papan iklan Kempen 20 meter Air padu Percuma di Jalan Putra Permai.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Universiti Indah, Hasan Nodin Andak berkata, beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh seorang penduduk petang kelmarin sebelum melihat sendiri apa yang didakwa.

Menurutnya, beliau terkejut apabila mendapati kalimah Allah yang tertera menggunakan huruf Jawi itu berada di bahagian kanan 'kaki' logo sedangkan ia sepatutnya berada di bahagian kiri atas selari dengan perkataan 'dipelihara'.

“Bagaimana pihak berkenaan boleh terlepas pandang mengenai perkara ini. Ia sudah tentu menimbulkan sensitiviti kepada masyarakat lain yang beragama Islam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kami memang rasa kesal dengan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini pernah berjanji untuk mengubah bendera Malaysia dengan bertindak mengubah logo Kerajaan Negeri dahulu apabila berjaya memerintah negeri ini,” katanya.

Hasan berkata, pihak yang memaparkan iklan gergasi tersebut perlu bertanggungjawab kerana perkara seperti itu boleh menimbulkan keadaan tidak diingini.

“Sepatutnya mereka lebih peka kerana iklan besar dilihat oleh ribuan orang setiap hari. Menyedihkan selepas tiga bulan barulah kami menyedari perkara ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kesal dengan apa yang berlaku, kami membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan, petang semalam (kelmarin),” katanya.

Seorang lagi wakil penduduk, Abd Kadir Selamat berkata, pihaknya mempersoalkan bagaimana kalimah Allah itu boleh terkeluar daripada logo Kerajaan negeri apabila dicetak dan dipaparkan di papan iklan gergasi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, perkara itu dilihat sebagai satu propaganda untuk membuang agama Islam sebagai agama rasmi di negeri ini.

“Ini bukan perkara yang boleh dikatakan tidak disengajakan, pada saya ia memang disengajakan kerana bukankah sepatutnya apabila sesuatu papan iklan perlu diperiksa perkataannya dahulu,” katanya yang difahamkan papan tanda memapar kempen sama dipacakkan di
tempat lain di negeri ini.

Abd Kadir berkata, apa yang berlaku adalah akibat pihak berkenaan tidak mendalami hal-hal agama serta tidak peka dengan perkara itu.

“Adakah kerana hendak memberitahu Kerajaan Negeri memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat, mereka tergamak mengalihkan kalimah ALLAH yang menggambarkan Islam dari tempat sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, selepas menerima  laporan, pihaknya memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Semalam (kelmarin) anggota pihak majlis bertindak menurunkan iklan kempen berkenaan,” katanya.

Difahamkan, iklan gergasi di Seri kembangan dan Puchong Perdana dilihat sudah diturunkan oleh MPSJ.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.