close button

close button

Isu Video Bogel: Tawaran Berlakon Melia Aimiellia Dibatalkan


Penyebaran video bogel yang dikatakan milik pelakon baru, Melia Aimiellia (Melia) di beberapa lama blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehinya dibatalkan baru-baru ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19,  berkata, dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.

“Bayangkanlah, kini saya tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila ada pihak produksi yang mempersendakan saya dengan mengajak saya ‘tidur’ bersama kerana video tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Menurut Melia, pada awalnya dia akui enggan mengambil pusing perkata itu kerana sejak awal lagi dia sudah menjelaskan bahawa individu yang berbogel dalam video tersebut bukan dirinya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan bertambah rumit apabila ia mula menggugat kerjayanya sehingga memaksa dia membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog yang menyebarkan video terbabit.

“Saya sudah beri tempoh kepada pengendali beberapa blog-blog untuk memadam dan membuang entri laporan fitnah itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Malangnya, tiada usaha daripada mereka. Tahap kesabaran saya ada batasnya, jadi saya perlu mengambil tindakan bagi membersihkan semula nama saya,” katanya.

Heroin filem Karipap-karipap Cinta (2011) itu memberitahu, dia mengesyaki penyebaran video tersebut merupakan satu komplot oleh kumpulan blog hiburan yang berpakat untuk menjatuhkan reputasinya dengan menyebarluaskan lagi penyebaran video berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya dapat rasakan ada muslihat yang mencurigakan di sebalik penyebaran video itu. Apabila saya bertanya kepada dua blog yang memulakan penyebaran video itu, mereka tidak mengetahui sumber asal rakaman tersebut.

“Ketika diminta mengalihkan video itu, mereka padam entri tersebut buat sementara waktu tetapi tidak lama kemudian ia dimuat naikkan semula dan tersebar ke blog-blog lain pula,” katanya.

Ditanya adakan dia mengambil tindakan undang-undnag terhadap dua blog berkenaan, Melia menjawab dia akan mempertimbangkannya selepas mendapat keputusan siastan SKMM selepas melaporkannya pada Khamis lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Berkemungkinan saya akan ambil tindakan undang-undang ke atas blog-blog itu tetapi saya akan ikut prosedur yang dicadangkan SKMM hasil siasatan itu nanti.

“Memandangkan perkara ini sudah mencemarkan nama dan maruah saya dan kerjaya, tindakan tegas wajar diambil sebagai pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.





Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.