close button

close button

Isu Dera Bayi: Polis Akan Rujuk Kepada Timbalan Pendakwa Raya (Video)

Berita berkaitan [Kanak-kanak Didera Pengasuh Taska Berlaku Di Malaysia]


JOHOR BAHRU -  Polis akan mengemukakan kertas siasatan berhubung kes dua bekas pengasuh sebuah taska yang didakwa mendera tujuh orang bayi kepada Timbalan Pendakwa Raya, Isnin ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis dalam melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan dan sudah merekodkan lapan keterangan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Lapan individu yang direkodkan keterangan itu termasuk dua bekas pengasuh dan pemilik taska terbabit. Kita akan majukan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin dan tunggu nasihat untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas menghadiri program “High Profile Policing” bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, di Sekolah Tunku Mahmood (1), di sini, hari ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Rabu lalu, akhabr Harian Metro mendedahkan berita mengenai klip video yang mula tersebar di Internet yang memaparkan tujuh orang bayi didera oleh dua pengasuh dengan dililit kain bedung, seorang daripada bayi berkenaan dilekatkan dengan pita pelekat yang berlaku di sebuah taska di Taman Kota Masai, di sini. Kedua-dua wanita berumur 20 dan 22 tahun itu dipercayai cuba mensabotaj majikan mereka selepas diberhentikan kerja dari taska berkenaan pada Januari lalu.



Sumber: Ammboi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.