close button

close button

Isu Dera Bayi: JKM Buat Laporan Polis

http://speakerpecah.blogspot.com

JOHOR BAHRU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor membuat laporan polis terhadap dua bekas pengasuh taska di Taman Kota Masai, di sini, yang didakwa melakukan penderaan ke atas tujuh orang bayi yang ditempatkan di situ seperti yang disebarkan di Internet, baru-baru ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Laporan dibuat oleh Pegawai JKM Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, kira-kira jam 12.30 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, dengan diiringi Pengarah JKM ngeri, Khatijah Abdullah dan Timbalannya, Bazlan Ismail.

Menurut Khatijah, laporan terhadap kedua-dua wanita berumur 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi tindakan lanjut polis memandangkan perbuatan seumpama itu menyebabkan gangguan emosi terhadap bayi yang terlibat.

"JKM membuat laporan mengikut Seksyen 29 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mencederakan kanak-kanak dari segi fizikal dan emosi dan tidak memaklumkannya kepada JKM.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mana-mana pihak yang tidak mematuhi seksyen berkenaan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Blog Speaker Pecah sebelum ini ada melaporkan penyebaran klip video yang dipercayai dirakam Disember tahun lalu oleh kedua-dua wanita terbabit yang memaparkan tujuh bayi yang sedang tidur di sebuah bilik di mana salah seorang bayi dilekatkan dengan pita pelekat pada mulut selain dililit kuat dengan menggunakan kain bedung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Susulan kejadian itu, polis telah merekodkan keterangan dua bekas pengasuh yang sudah diberhentikan kerja dari taska berkenaan Disember tahun lalu.





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.