close button

close button

Individu Letak Mercun Dalam Mangkuk Tandas Bukan Pakar Bom

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Individu yang meletakkan mercun pada penutup mangkuk tandas di Stesen LRT Sri Rampai pada Rabu lepas yang mengakibatkan seorang lelaki cedera, dikatakan bukannya pakar membuat bom, kata pihak polis.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, anggota-anggota forensik polis mengenal pasti bahan api yang digunakan hanyalah sejenis mercun sahaja.

"Ia bukan dilakukan oleh mereka yang pakar membuat bahan api... ia hanyalah sejenis mercun, bukan bom kerana tiada sumbu, bateri atau mempunyai jangka masa untuk diletupkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita telah mendapatkan rakaman CCTV yang merakam suspek yang masuk ke dalam tandas itu sebelum mangsa. Kita akan teliti untuk mengesannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ku berkata, perbuatan individu itu tidak menyasarkan pihak tertentu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mungkin suspek telah menyalakan mercun berkenaan terlebih dahulu di belakang penutup tandas itu sebelum keluar," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1.15 tengah hari itu, Muhammad Sakereen Basri, 22, cedera di bahagian belakang dan paha kirinya apabila penutup mangkuk tandas yang sedang digunakan dikatakan meletup dan pecah dipercayai akibat mercun.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.