close button

close button

Gangguan Bekalan Air Di Kuala Pilah, Tampin & Jempol Bermula 20 Mac 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air esok (Selasa) berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual loji dan pengalihan paip.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Azlan Abdul Aziz, berkata, gangguan bekalan air di Kuala Pilah dan Tampin bermula dari jam 8 pagi Selasa hingga 8 pagi keesokannya (21 Mac).

Manakala gangguan bekalan air di Jempol pula akan bermula dari jam 8.30 pagi Selasa hingga 8.30 malam Rabu, katanya pada hari ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Azlan, kerja-kerja penyelenggaraan loji berjadual dan pengalihan paip merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan ada masa hadapan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun Azlan berkata beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.