close button

close button

Gagal Sertai Polis Kerana Telinga Besar, Tangan Bengkok

http://speakerpecah.blogspot.com

BALING - Hasrat seorang pemuda untuk menyertai pasukan polis tidak tercapai apabila panel ujian fizikal bagi jawatan konstabel mendakwa telinganya besar dan tangannya pula bengkok.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kamarudin Osman, 19, dari Desa Bidara, Kuala Ketil, kecewa selepas gagal mengikuti ujian fizikal lain apabila fizikal badannya dikatakan tidak memenuhi syarat yang ditentukan.

“Saya tidak rasa telinga saya besar. Saya betul-betul berminat untuk menyertai pasukan polis. Bagi saya, minat dan komitmen itu lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bekas kadet polis Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri selama tiga tahun ini pernah mengikuti latihan menembak ketika di bangku sekolah.

“Saya terlalu meminati bidang kepolisan. Saya pernah ponteng sekolah untuk menghadiri kursus menembak. Saya tahu, perkara itu salah, tetapi minat saya mengatasi segalanya,” kata anak bongsu daripada enam beradik ini.

Kamarudian yang memiliki ketinggian 172 sentimeter, mempunyai kesihatan yang baik selaon aktif dalam bidang sukan ketika di bangku sekolah.

Menurutnya, panel pemilihan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk menilainya sebelum mengatakan dia gagal untuk meneruskan ujian seterusnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi saya agak terkilan kerana tidak dapat meneruskan ujian seterusnya gara-gara dikatakan mempunyai telinga besar.

“Siapa yang inginkan telinganya besar, itu adalah takdir Tuhan. Tinggi, berat badan, ukur lilit dada dan pernafasan saya mengikut syarat yang ditetapkan, tetapi masih gagal meneruskan ujian lanjut," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, panel penilai itu turut menasihatnya memohon semula untuk menduduki ujian berkenaan.

“Apa salahnya saya diberikan peluang dan membuktikan yang saya mampu untuk menjadi seorang anggota polis,” katanya lagi.

Kamaruddin berharap, sempena Hari Polis ke-205, pihak terbabit dapat mempertimbangkan hasratnya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya kagum melihat disiplin dan komitmen anggota polis menjalankan setiap tugas mereka. Justeru, saya amat berharap, dapat menjadi salah seorang daripada anggota keselamatan ini.

“Sejak kecil saya meminati bidang kepolisan ini. Saya yakin mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberikan peluang ini,” katanya yang nekad untuk terus memohon menyertai bidang berkenaan.


Sumber: Sinar Harian

4 komen:

  1. zul perlis30 March, 2012

    xda rezeki n bt mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. boniza sukau30 March, 2012

      minta askar lah baru tahu....mmg lh kena penuhi kriteria2 yg d tetapkan untuk mnjalani ltihan,,,

      Delete
  2. ini tak leh terima takdir ni namanya.
    tak leh terima takdir tak leh masuk polis..ho ho!
    saya pun minat bidang polis..tapi tangan bengkok..memang kompen tak lepas...haha
    hidup perlu diteruskan dik!
    nak tangkap penjenayah, nak jaga keamanan negara, tak perlu jadi polis pun tak pe.
    kalau nak pegang pistol tu memang kene jadi polis or orang kaya ho ho!
    tak pun boleh jadikan menembak sebagai hobi..nanti dah terror orang upah jadi body guard pulak :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous04 June, 2012

    jadi polis bantuan je dikk.....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.