close button

close button

Filem 'Ombak Rindu" Diabadikan Dalam Bentuk Setem Edisi Terhad

http://speakerpecah.blogspot.com

Filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel menjadi filem tempatan pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping poskad babak-babak filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan.

Set folder pula berharga RM59.90 mempunyai gambar filem tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata, pakej setem itu yang dihasilkan dengan kerjasama Pos Malaysia, Tarantella Pictures dan Astro Shaw Sdn, merupakan usaha pertama melibatkan filem tempatan.

Menurut Khalid, filem percintaan yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Fauziah Ashaari itu berjaya mencatatkan kutipan lebih RM10 juta, yang memberi inspirasi kepada Pos Malaysia menghasilkan keluaran tahunan setem istimewa ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya lagi, koleksi setem itu mula dijual melalui portal talian PostMe www.postme.com.my dan di 14 cawangan Pos Malaysia terpilih hari ini.

"Diskaun 10 peratus diberi kepada pelanggan yang membeli koleksi edisi terhad hari ini," katanya dan menambah bahawa hanya 1,000 album setem serta set folder koleksi sahaja yang dihasilkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, produk Setemku yang mula diperkenalkan pada 2007 itu telah menjadi produk unik yang kreatif kerana telah menerima tempahan pelanggan dan badan koporat untuk mencetak imej pilihan mereka sendiri.

Hadir bersama pada majlis itu pelakon utama, Maya Karin dan Bront Palare bersama 80 peminat bertuah.



Sumber: Sinar Harian

2 komen:

  1. maknanya set folder 59.90 tu tak der setem la, just gambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada setem, boleh rujuk di link ini http://www.postme.com.my/post-shoppe/ombak-rindu-setemku-folder-set.html

      Delete

Powered by Blogger.