close button

close button

Ferrari Terbakar, Pemandu Terselamat

http://speakerpecah.blogspot.com

SEREMBAN - Sebuah kereta jenis Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi tadi (Sabtu).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur sekitar 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api mula merebak dan menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.20 pagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren, Jaganatha Thevar, berkata, sejurus tiba lapan minit kemudia, pihaknya mendapati apai sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh beberapa minit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.