close button

close button

Fasha Ikut Kata Bakal Suami, Nikah April Ini

http://speakerpecah.blogspot.com

Pasangan romantis, Fasha Sandha dan Jejai baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Belum pun membuat persiapan berhubung perkahwinan itu, Fasha Sandha sudah dipalit dengan kontroversi bahawa dia pilih bulu dan hanya menjemput rakan media yang rapat sahaja. Namun, Fasha Sandha tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Fasha, dia berbuat demikian hanya mahu yang terbaik kepada media dan ia adalah atas permintaan bakal suaminya.

“Saya menghormati bakal suami saya, saya tak pernah mengimpikan ‘wedding of the year’. Saya tak perlu itu semua, cukup majlis yang sederhana tapi diingati selamanya. Saya menghormati bakal suami saya, saya tak pernah mengimpikan ‘wedding of the year’. Saya tak perlu itu semua, cukup majlis yang sederhana tapi diingati selamanya."

Ditanya jika ada pihak yang menaja perkahwinan Fasha & Jejai. Fasha menjawab:

“Banyak pihak yang ingin menaja perkahwinana saya, namun saya menolak semunya atas permintaan bakal suami juga kerana jika ada yang menaja, pasti kami akan terhutang budi. Baju juga sebanyak 4 pasang, kami yang beli sendiri dan tiada orang sponsor.”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, Fasha dan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, akan bernikah pada April ini di rumah yang dibelikan Jejai untuk Fasha di Ampang. Majlis resepsi akan diadakan pada hari yang sama selepas majlis pernikahan, kemudian majlis resepsi kedua akan diadakan di Perlis untuk keluarga Fasha Sandha.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengenai majlis resepsi di Bali yang diuar-uarkan oleh media sebelum ini, Fasha Sandha masih tidak memberikan penjelasan yang penuh namun hanya memberitahu bahawa majlis resepsinya yang ketiga akan diadakan di luar kawasan Kuala Lumpur.




Sumber: Ohbulan

3 komen:

  1. pernikahan tanpa restu la tuuuuu

    ReplyDelete
  2. mdah mdahan kekal hingga akhir hayat..aminnnm

    ReplyDelete
  3. semoga bhagia dgn jejai..jgn khabar kosong jealah!!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.