close button

close button

Erykah Badu Akur & Hormat Sensitiviti Umat Islam

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Erykah Badu, 41, melahirkan rasa kecewa apabila konsert sulungnya di Malaysia yang sepatutnya berlangsung malam tadi, terpaksa dibatalkan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah akhbar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Erykah atau nama sebenarnya Erica Abi Wright hadir mengenakan gaun longgar turut mengucapkan 'Assalamualaikum' sebelum menjawab soalan media, tetapi enggan menyentuh isu agama kerana tidak mahu disalah erti.

Katanya, dia sangat menantikan kunjungan ke Kuala Lumpur yang menjadi antara destinasi jelajah di Asia Tenggara, namun tidak menyangka berkahir dengan kesedihan apabila dimaklumkan berita pembatalan itu, kelmarin.

Penyanyi yang popular dengan lagu Love Of My Life itu akur dan menghormati budaya serta sensitiviti masyarakat tempatan khususnya umat Islam malah berharap dapat bertemu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, bagi mendapatkan penjelasan sebenar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya menempuh perjalanan jauh untuk menjayakan konsert ini. Saya jujur kepada semua yang meminati saya.

“Bagi saya, semua yang terjadi ada hikmahnya. Walau berdepan insiden ini, saya tidak akan serik untuk datang ke Malaysia lagi sekiranya diundang semula,” katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Trutu hadir Pengarah urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali yang juga penganjur Konsert Erykah Live In KL 2012.

Mengenai tatu kalimah Allah pada tubuhnya, Erykah menegaskan ia hanyalah lukisan sementara yang dilukis tahun lalu berilhamkan dilem The Holly Mountain, diterbitkan pada 1973.

“Saya menganggap ia sekadar kerja seni, malah tiada niat mahu menyinggung sesiapa. Cuma barangkali budaya antara Amerika dan tempat lain berbeza,” katanya lagi yang tiba di Kuala Lumpur serentak ulang tahun kelahirannya pada 26 Februari lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Razman, pihaknya masih mempertimbangkan keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar terbabit yang secara terangan melakukan kecuaian hingga Pineapple Concert menanggung kerugia besar.

“Pihak berkenaan sebuah akhbar berpengaruh yang pastinya memahami apa boleh atau tidak boleh disiarkan. Kami kesal kerana disebabkan sikap tidak peka mereka, lesen penganjuran konsert ini ditarik balik,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata, tindakan kementerian membatalkan konsert Erykah mendapat sokongan Jemaah Menteri.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau membentangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet berhubung pembatalan Konsert dari segi keselamatan dan kepentingan menghormati agama, bangsa dan budaya sosial di Malaysia.

Konsert berkenaan dibatalkan apabila akhbar The Star, Isnin lalu, menyiarkan gambar penyanyi itu bertatu kalimah Allah yang dikatakn melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana menyentuh sensitiviti agama.





Sumber: Berita Harian

1 komen:

  1. asal salah paper lak..ko yang salah..
    paper tunjuk benda yg btol..
    ko dtg sini lak nk jahanamkan anak bangsa..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.