close button

close button

Doktor Psikik Di Brazil Bedah Pesakit Tanpa Ubat Bius

http://speakerpecah.blogspot.com

ABADIANIA - Seorang lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixiera de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakitnya tanpa menggunakan ubat bius.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Baru-baru ini, de Faria cuma menggunakan sebilah pisau dapur untuk membuat sesuatu seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles.

Argualles, 29, yang kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus yang menyebabkan kornea matanya menipis.

Menurut Arguelles, penglihatannya pulih sebayak 80 peratus dalam masa seminggu selepas menjalani prosedur tersebut dan bertambah baik hari demi hari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Doktor-doktor perubatan moden boleh berkata apa sahaja tentang kaedah perubatan ajaib ini tetapi saya tidak peduli," katanya.

Bagaimanapun, de Faria menafikan dia memiliki sebarang kuasa ajaib ketika ditemu bual oleh agensi berita Associated Press (AP), di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Tuhan yang menyembuhkan pesakit saya. Saya cuma perantara yang mengubati mereka," katanya.

Faria yang berasal dari sini, barat daya ibu kota Brazil, Brasilia memberitahu, dia sudah lima dekad melakukan pembedahan psikik itu.

Menurut Faria, dia akan menggunakan kebolehannya untuk 'memukau' pesakit supaya tidak merasa sakit ketika pembedahan dilakukan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya lagi, dia tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap pesakitnya tetai menerima sumbangan dalam bentuk derma daripada mereka.




Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.