close button

close button

Dirotan 20 Kali Kerana Ponteng Sekolah

http://speakerpecah.blogspot.com

BUTTERWORTH - Gara-gara gagal hadir sehari ke sekolah, seorang murid tahun enam di sebuah sekolah rendah di sini mendakwa disebat oleh guru besarnya lebih daripada 20 kali menyebabkan punggungnya lebam, terasa sakit sehingga trauma untuk ke sekolah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa anak ketiga daripada lima beradik yang tinggal bersama keluarga di Taman Seri Bagan di sini mendakwa, dia disebat di dalam bilik guru besar sebaik hadir ke sekolah pada Selasa lalu selepas tidak hadir sehari sebelumnya.

“Saya memaklumkan kepada guru kelas sebaik hadir ke sekolah keesokan harinya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut mangsa, guru kelasnya membawanya berjumpa dengan guru besar biarpun itu kali pertama dia tidak hadir ke sekolah.

Akibat dirotan berkali-kali, murid terbabit bukan sahaja tidak boleh duduk, malah terpaksa tidur dalam keadaan meniarap.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian itu disedari bapa mangsa selepas mendapati anaknya berperangai pelik apabila enggan membuka pakaian seragam sekolah sewaktu tidur malam kelmarin.

Bapa mangsa yang berumur 50 tahun itu berkata, sebaik pulang dari skeolah sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu, anaknya enggan membuka seluar sekolah semasa hendak masuk tidur sekitar jam 9.00 malam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Perangai peliknya itu membuatkan kami sekeluarga hairan. Ketika dia nyenyak tidur pada jam 12 malam, saya dan isteri membuka seluarnya untuk memakaikannya dengan sarung dan terkejut mendapati punggungnya terdapat kesan calar seolah-olah dirotan,” katanya.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh kontrak berkata, anaknya memberitahu apa yang berlaku selepas berulang kali ditanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tahu kesalahannya tidak hadir ke sekolah, tetapi sepatutnya sebagai seorang pentadbir, guru besar berkenaan­ tidak boleh menjatuhkan hukuman keterlaluan kerana ia akan meninggalkan kesan trauma, apatah lagi disebat dengan jumlah yang tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Menurutnya, lebih menyedihkan selepas insiden itu, pihak sekolah termasuk guru besarnya bersikap tidak ambil peduli apabila langsung tidak mahu bertemu dengannya sama ada untuk memaklumkan tindakan mereka tau mengakui kesilapan yang dilakukan.

Bagaimanapun, dia membuat laporan polis dan membawa anaknya mendapatkan rawata di hospital. Dia juga dikatakan telah memaklumkan kejadian itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai, Adnan Idris yang dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Kita tidak pernah berkompromi dalam hal sebegini,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.




Sumber: Sinar Harian

2 komen:

  1. kalo 20 kali dah teruk dah punggung tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.