close button

close button

Dimas (Hujan) Mahu Mohon Kerakyatan Malaysia

http://speakerpecah.blogspot.com

Ahli kumpulan Hujan iaitu Hang Dimas Santosa yang berasal dari Indonesia memberitahu bahawa beliau akan mengemukakan permohonan kerakyatan negara ini sebagai penduduk tetap selepas membawa isteri dan anaknya berpindah ke Kuala Lumpur.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, permohonan itu akan dibuat dalam masa terdekat selepas dia selesai menguruskan proses perpindahan mereka sekeluarga dari Jakarta.

"Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara," ujarnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dimas berkata, keluarganya telah mula berpindah ke Kuala Lumpur sejak sebulan lalu dan kini menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

"Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillahlah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini," ujarnya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dimas memberitahu dia akan mengambil keputusan untuk terus menetap di Kuala Lumpur kerana telah mempunyai kerjaya yang kukuh selain tidak sanggup berpisah dengan anaknya yang kini baru bersuia empat tahun.

"Letih sebenarnya asyik berulang-alik dan keputusan ini adalah paling terbaik untuk kami semua," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, isterinya tidak mempunyai masalah untuk berpindah malah turut gembira dapat tinggal di Kuala Lumpur dan merancang untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah bagi membolehkannya bergaul.

http://speakerpecah.blogspot.com

"Walaupun dia baru berusia empat tahun tetapi kami merancang untuk mendaftarkan dia di tadika berdekatan supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat," katanya.



Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.