close button

close button

Daudsu Kemalangan, Rugi Hampir RM200k

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA BHARU - Pemain pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin, 27, terlibat dalam kemalangan selepas dikatakan gagal mengelak sebuah motosikal yang membuat pusing U di Jalan Pengkalan Chepa-Kota Bharu, di sini, malam kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, dia pada ketika itu bersama isteri, Nursyahmina Rasudin, 26, serta anaknya, Nik Dhiya Qistina, 18 bulan, tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pakar Perdana.

Daudsu berkata, semasa kejadian pada jam 8.15 malam itu, dia yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Lancer menghala ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, untuk menghantar isterinya ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

“Ketika sampai di selekoh berhampiran kem tentera Markas Lapan Briged, saya nampak sebuah motosikal dan seorang lelaki terbaring di atas jalan selepas dikatakan dilanggar sebuah kereta Iswara dari arah jalan yang sama, bagi mengelak melanggarnya, saya cuba pusing stereng kereta ke tepi tetapi tindakan saya itu menyebabkan kereta saya terbabas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Ini merupakan kejadian pertama yang melibatkan saya dan keluarga dalam kemalangan seumpama ini selepas empat tahun menggunakan kereta ini,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun terkejut dengan kejadian itu, dia masih bersyukur kerana anak dan isterinya terselamat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kerugian dianggarkan lebih RM200,000 berdasarkan kerosakan dan nilai sebenar kereta terbabit iaitu RM124,000.

“Apa pun kejadian ini tidak akan saya lupakan kerana ia turut melibatkan keluarga, namun saya masih bersyukur kerana mereka selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisoner Azham Othman berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Mangsa yang menaiki motosikal dikatakan membuat pusingan U dirempuh kereta Iswara dari Kota Bharu ke Pengkalan Chepa yang gagal mengelak lalu melanggar mangsa sementara kereta yang dipandu Daudsu yang berada pada arah yang sama, gagal mengelak motosikal yang dilanggar lalu terbabas ke tepi jalan.

"Lelaki terbabit mengalami kecederaan di kepala dan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) serta dilaporkan stabil,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Azham, pemandu Iswara membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sejurus selepas kemalangan berlaku.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

2 komen:

  1. Fuh, walaupun kemalangan tapi tak teruk sangat kereta tu, kalau kancil, mahu hancur.

    ReplyDelete
  2. nilai keta rm124k tp camne rugi rm200k?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.