close button

close button

Budak Perokok Tegar Jalani Rawatan

http://speakerpecah.blogspot.com

JAKARTA - Seorang kanak-kanak lelaki yang menghisap lebih sebungkus rokok sehari akan menjalani rawatan bagi menghentikan ketagihannya selama empat tahun, kata pengawal kebajikan kanak-kanak semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengerusia Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait, berkata, Ilham, 8, menghisap kira-kira 25 batang rokok sehari memerlukan "bantuan kecemasan" kerana ketagihannya sudah tidak dapat dikawal sehingga menjejaskan tingkah lakunya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Anda dapat lihat perubahan dalam tingkah lakunya apabila dia tidak dapat merokok untuk seketika, dia agresif dan sukar dikawal. “Dia seolah-olah dirasuk kuasa jahat,” katanya. Bapa Ilham, Agan Umar, berkata budak itu memecahkan kaca tingkap atau apa saja di sekitarnya jika dia tidak diberikan rokok secara konsisten.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya harap rawatan itu berjaya supaya Ilham boleh kembali ke sekolah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Menurut Agan, Ilham akan meninggalkan kampungnya di Sukabumi di Jawa Barat Isnin ini bagi memulakan rawatan intensif khas di Jakarta.




Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.