close button

close button

Bekas Tentera Dipenjara Lebih 6,000 Tahun Kerana Membunuh

http://speakerpecah.blogspot.com

GUATEMALA: Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara selama 6,060 tahun ke atas bekas anggota tentera selepas didapati bersalah atas tuduhan terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1982 sehingga meragut lebih 2012 nyawa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pedro Pimentel, 55, yang diekstradisi dari Amerika Syarikat tahun lalu merupakan anggota tentera yang kelima dijatuhkan hukuman tersebut atas pembunuhan di sebuah perkampungan di Dos Erres.

Bagamanapun hukuman penjara lebih 6,000 tahun itu merupakan simbolik semata-mata kerana hukuman maksimum penjara di Guatemala hanyalah 50 tahun.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian berkenaan, penduduk kampung Dos Erres telah diserang oleh unit khas tentera Guatemala digelar Kaibiles selepas penduduk didakwa memberikan bantuan kepda kumpulan gerila.

Serangan berlaku semala tiga hari berturut-turut dengan berauts-raus orang termasuk wanita dan kanak-kanak ditembak dan dibelasah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mayat mereka kemudiannya dibuang ke dalam perigi.

Pada Januari tahun lalu, mahkama memutuskan bekas pemimpin tentera Guatemala, Efrain Rios Montt, perlu dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Montt, 85, telah memimpin Guatemala antaa 1982-1983, ketika negara berkenaan dilanda perang saudara.

Serangan yang dilakukan itu merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghapuskan pemberontak.

Dianggarkan lebih 200,000 orang terbunuh dalam konflik berkenaan yang hanya berakshir pada 1996.






Sumber: Suarapeople

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.