close button

close button

Bekas Pelumba Le Tua Maut Dilanggar Lari (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang D, pagi tadi (Ahad).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata keduanya dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah berasama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Abang ipar mangsa, Akmal Abu Hanif berkata, keluarganya terkejut setelah menerima berita kemalangan itu yang dimaklumkan oleh seorang rakan arwah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Tidak sangka aktiviti hujung minggu arwah beriadah bersama rakannya bertukar tragedi," katanya.

Menurutnya, arwah telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun dan baru menerima cahaya mata kedua baru-baru ini.

Rafizi juga merupakan penaja kelab Le Tua yang popular dalam penyertaan kejohanan Le Tour de Langkawi sebelum ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisoner Amiruddin Jamaluddin, berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Saga yang kemudiannya melarikan diri.

"Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi, kami berjaya mengenal pasti kenderaan itu," katanya.

Amiruddin berkata, kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, polis akan melakukan siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengankutan JAlan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

"Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan polis," kata beliau.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.