close button

close button

Batu Berdiri Ditemui Di Perlis (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

Penduduk Kampung Seberang Ramai dikejutkan dengan penemuan puluhan batu pelbagai saiz dalam keadaan berdiri (menegak) di kawasan tepi pantai berhampiran Kampung Bukit Batu Putih.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Radzi pada jam 10 malam ketika memancing di kawasan terbabit sebelum terlihat puluhan batu berada dalam keadaan berdiri di pantai itu.

Menurut Radzi, sebaik saja menemui batu itu, dia memeriksa di sepanjang pantai berkenaan sebelum menemui beberapa lagi lokasi batu terpacak di kawasan berdekatan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya memaklumkan kepada rakan dan penduduk kampung sebelum kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai termasuk pihak berkuasa.

“Keadaan susunan batu pelbagai saiz itu juga jika dilihat dari jarak dekat nampak mustahil ia disusun orang kerana keadaannya yang terpacak dari pangkal batu yang tirus,” katanya.

Radzi berkata, batu berkenaan bersaiz sederhana besar dan kelihatan berdiri di atas batu yang lain dalam keadaan menegak tanpa bergoyang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, dia hanya sempat merakamkan beberapa gambar batu berkenaan sebelum ia terjatuh selepas dilanggar orang ramai yang memenuhi kawasan itu.

Katanya, dia tidak tahu mengenai kewujudan batu berkenaan sehingga bertindak menyuluh kawasan pantai yang gelap sebelum terkejut melihat batu-batu itu dalam jumlah yang banyak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tidak menolak mungkin ia adalah kejadian aneh yang pertama kali berlaku di kawasan ini, namun tidak mengetahui siapa yang melakukannya,” katanya.



Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.