close button

close button

Apex Mahu Fokus Karier & Niaga Berbanding Gosip

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex yang dipalit pelbagai kontroversi sebelum ini, menjelaskan beliau hanya mahu fokus terhadap karier bola sepak berbanding gosip liar berkait dirinya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apex menegaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pemain kebangsaan dan mengharapkan segala kontroversi negatif tidak timbul lagi selepas ini kerana mahu lebih tenang dan selamat.

“Saya ingin memberi komitmen sepenuhnya kepada kerjaya dengan harapan karier sebagai pemain bola sepak ini akan lebih berkembang.

“Selain itu, saya juga perlu fokus pada bidang perniagaan dan berharga ia akan lebih maju dengan sokongan tidak berbelah bagi daripada para peminat,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Logo Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat Malaysia (KPKFM) di KB Mall di sini, hari ini.

Apex ketika diminta mengulas berhubung insiden simbah cat dipejabatnya di Jalan Sri Cemerlang di sini, pada Februari lalu, menjelaskan bahawa beliau menganggap perkara itu sudah selesai.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, selepas laporan polis dibuat, perkara tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Alhamdulillah, selepas kejadian itu, tidak ada lagi insiden sama berulang. Sememangnya saya mengharapkannya keadaan ini, bukan sahaja sekarang malah juga pada masa-masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Apex memeriahkan 100 peminatnya pada hari pertama program tiga hari Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KPKFM), hari ini.

Menurutnya, kelab tersebut ditubuhkan bertujuan memberi peluang kepada seluruh lapisan peminat untuk lebih mengenali dan beramah mesra bersama penjaga gol terbaik Asia itu secara dekat.

“Ini tanda penghargaan saya kepada mereka yang sudah banyak memberi sokongan sehingga saya boleh berada di sini sekarang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya tidak menetapkan sasaran seberapa banyak ahli yang mendaftar. Perkara paling penting ialah, kelab ini akan terus bergerak aktif menyediakan pelbagai program dari semasa ke semasa dan bukan hanya ditubuhkan untuk suka-suka sahaja,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apex sebelum ini pernah berdepan dengan beberapa gosip liar termasuk dikatakan menjadi punca seorang pemilik butik, Nur Eilinei Natasha Nazri, 21, atau Leuniey memutuskan ikatan pertunangannya sengan seorang usahawan batik di negeri ini.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.