close button

close button

Animasi Bola Kampung Ke Layar Perak

http://speakerpecah.blogspot.com

Animasi Studio Sdn Bhd (Animasia) telah membelanjakan kira-kira RM6 juta bagi membiayai pembikinan serta pemasaran filem animasi 3D, Bola Kampung The Movie yang dijadualkan menemui penonton pada penghujung tahun ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengarah Urusannya, Edmund Chan berkata, filem animasi yang membabitkan 13 suara selebriti terkenal di negara itu adalah kesinambungan siri animasi Bola Kampung yang menemui penonton menerusi 78 episod menerusi stesen TV tempatan dan TV satelit sebelum dihentikan dua tahun lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Dalam masa dua tahun, kami menumpukan usaha menambah baik kualiti terutama menukar format dua dimensi (2D) kepada tiga dimensi (3D). Melalui filem animasi ini, kami mengharapkan kutipan tiket hingga RM10 juta dan berhasrat memasarkan filem ini ke luar negara dengan tiga negara rantau ini sudah berbincang iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya pada majlis pengenalan kepada media di Kuala Lumpur, semalamsambil menambah Animasia mendapat suntikan dana sebanyak RM5 juta daripada Dana Industri Kreatif oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Animasia juga sudah menegeluarkan beberapa siri animasi lain termasuk Asian Folklores, ABC Monster, Supa Strikas dan Balla Bawls yang disiarkan di saluran televisyen antarabangsa.



Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.