close button

close button

Ana & Naim Teruja Berbulan Madu Di Kelantan (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Penyanyi popular, Ana Raffali yang menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini, gembira apabila hasratnya untuk berbulan madu bersama suami, Ahmad Aznaim Abdullah di negeri Kelantan menjadi kenyataan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lebih membahagiakan pasangan yang melangsungkan pernikahan pada 25 Februari 2012 lalu, kini sedang melayari saat-saat yang paling bermakna dalam hidup dengan melakukan yang sangat diidamkan setelah berada di Kelantan.

Ana yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu memberitahu, dia sangat teruja dan seronok dapat meluangkan masa bersama suami tersayang di negeri ini selepas selamat mendirikan rumah tangga.

“Saya bercuti selama dua minggu dan dengan peluang yang ada ini saya gunakan untuk melawat sanak saudara di Kelantan. Saya sangat gembira,” katanya ketika ditemui media hari ini sempena majlis meraikan perkahwinannya di Kelantan Trade Center (KTC).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ana Raffali yang kini dalam proses meyiapkan album barunya dengan mempertaruhkan single 'Lisa Jatuh Cinta' itu sangat bertuah kerana dia dapat menunaikan keinginannya untuk menikmati keistimewaan masakan orang Kelantan.

“Sejak sampai di sini, pelbagai manakan tradisi orang Kelantan saya sudah makan, sedapnya menikmati hidangan nasi kerabu, nasi dagang, jeruk mame, solok lada dan banyak lagilah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Saya akui orang Kelantan sangat ramah dan pandai memasak,” katanya yang ayu menggayakan baju kurung berwarna gelap.

Ana kini terpaksa melupakan seketika tentang kerjayanya kerana selepas habisnya cuti nanti, dia sudah mempunyai jadual yang ketat termasuk memenuhi pelbagai undangan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebagai tanda meraikan pasangan pengantin baru itu, pihak KTC menawarkan pakej berbulan madu di hotelnya selama empat hari dan turut diselitkan dengan beberapa aktiviti menarik untuk dinikmati sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa berkata, sempena kedatangan penyanyi berkenaan pihak hotel akan menamakan bilik tersebut sebagai Kamar Ana Raffali dan Naim.

http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, selain Ana Raffali pihaknya juga berhasrat untuk memberikan tawaran yang sama kepada penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-bunga Cinta juga, Misya Omar bersama pasangannya dan juga Malek Noor.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.