Mar 3, 2012

Akidah - Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

http://speakerpecah.blogspot.com

Hadith: 
Dari Amir bin Saad dari bapanya RA katanya: Pada suatu hari Rasululah SAW datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini. Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan. Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip Islam yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya nanti kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah, sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah. (Saba': 15). Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.





Sumber: Jakim

No comments:

Post a Comment