close button

close button

Akhlak - Sabar Menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian

http://speakerpecah.blogspot.com

Hadith: 
Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Huraian Hadith: 
  1. Harus melahirkan kesedihan bagi mayat tanpa laungan dan ratapan yang menunjukkan tidak redha dengan takdir Allah.
  2. Kesabaran Nabi SAW menghadapi sakaratul maut merupakan satu ujian Allah untuk meningkatkan darjat baginda.
  3. Kata-kata saidatina Fatimah RA selepas Rasulullah dikebumikan adalah untuk menggambarkan dukacita bukan bermaksud membantah.
  4. Hadith ini menggambarkan kesabaran seorang anak yang menghadapi ayahnya yang sedang sakit tenat lalu meninggal dengan setiap orang dikehendaki bersabar apabila menghadapi kematian dan malapetaka.
  5. Setiap Muslim hendaklah insaf bahawa semua perkara adalah datang daripada Allah dan kepada-Nya ia akan kembali.



Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.