close button

close button

Akhlak - Elak Diri Memandang Remeh Perbuatan Dosa

http://speakerpecah.blogspot.com

Hadith: 
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ia lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan  (dosa besar).”
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
  1. Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah, lebih-lebih lagi memandang ringan terhadap dosa besar.
  2. Orang yang paling mengenal Allah selepas para Nabi dan Rasul AS dan paling wara’ dan taqwa ialah sahabat-sahabat Rasulullah SAW, kerana perkara yang dianggap remeh oleh generasi selepas mereka adalah perkara yang sangat besar pada anggapan mereka, kerana sempurnanya pengetahuan mereka terhadap Allah.
  3. Ada perkara yang dianggap mudah oleh sebahagian orang sedangkan perkara itu dipandang berat dan mencelakakan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah.




Sumber: Jakim

    0 komen:

    Post a Comment

    Powered by Blogger.