close button

close button

Akhlak - Balasan Kesabaran


Hadith: 
Daripada  Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman dalam hadis  Qudsi yang bermaksud, “tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga.”
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
  1. Antara musibah yang menimpa manusia yang beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yang disayangi.
  2. Orang kafir tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada amalan yang baik kerana dia tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya adanya ganjaran itu.
  3. Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar atas musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman.
  4. Seseorang perlu bersabar  ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa, kerana ganjaran sabar di sisi Allah ialah syurga.
  5. Tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar menghadapi bala dunia.



Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.