close button

close button

Ahli Parlimen Britain Mahu Tukar Nama Big Ben ?

http://speakerpecah.blogspot.com

LONDON - Ahli-ahli Parlimen Britain mahu menara paling terkenal di London yang dikenali sebagai 'Big Ben', ditukar nama bagi menghargai Ratu Elizabeth II sempena sambutan jubli intan baginda.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada 2012 ini genap 60 tahun Ratu elizabeth menaiki takhta.

Sehubungan itu, ahli-ahli politik negara itu percaya bahawa menamakan St. Stephen's Tower menggunakan nama Ratu Elizabeth II adalah satu bentuk penghargaan ke atas baginda.

"Tidak banyak raja dan permaisuri yang pernah berkhidmat buat satu jangka masa yang lama," kata Ahli Parlimen Konservatif, Tobias Ellwood, yang kini mengetuai kempen untuk menukar nama menara jam itu, yang dibina pada 1858.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menara itu terletak di kawasan bangunan Parlimen Britain.

Dipetik dari CNN, Ellwood berkata: "Hanya dua ratu yang meraikan jubli intan mereka iaitu Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria."

"Satu lagi menara di Istana Westminster dinamakan sempena Ratu Victoria; menara jam ini dikenali dengan banyak panggilan - Big Ben, St Stephen's Tower ataupun hanya sebagai Clock Tower, tetapi tiada nama rasmi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ellwood, usahanya mendapat sokongan ahli-ahli politik dari semua arti dan berharap rang undang-undang ke arah itu akan mendapat sokongan.

Difahamkan, sambutan jubli intan akan diadakan pada Jun depan.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.