close button

close button

Abby Abadi Kini Bertudung Selepas Selesai Tunai Umrah

http://speakerpecah.blogspot.com

Pelakon popular dengan drama Gerak Khas, Abby Abadi dikhabarkan telah berhijrah dengan memakai tudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini. Untuk makluman, Abby  telah mengerjakan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Abby Abadi memaklumkan kepada wartawan mStar Online yang dia bernekad untuk membuat keputusan ini di hadapan Kaabah. Katanya:
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

"Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki."

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon ini atas keputusan ini. Diharapkan segala urusan Abby selepas ini lebih dipermudahkan dan diberkati.



Sumber: Beautifulnara

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.