close button

close button

Ziana Zain - Belum Sampai Seru Untuk Bertudung

http://speakerpecah.blogspot.com

Kebelakangan ini, ramai artis-artis muda seperti Ana Raffali, Farah Asyikin, Diana Amir dan beberapa orang lagi yang telah berhijrah untuk bertudung. Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dan dituntut oleh agama. Untuk itu, Harian Metro semalam telah bertanyakan kepada Ziana Zain yang telah berusia 44 tahun tentang keinginan untuk bertudung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ini jawapan 'terbaik' Ziana Zain yang boleh dibaca sepenuhnya di Harian Metro:

"Penghijrahan manusia Allah s.w.t. berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara yang berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba. Saya pasti suatu hari nanti saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari nanti saya ingin menunaikan fardhu haji."

"Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat. Jadi kita perlu pegang pada janji. Apa pun saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukannya tudung. Tidak manislah begitu seolah mempersendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desaka mana-mana pihak, Insya Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni."
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kami berharap semua peminat Ziana Zain mahupun orang diluar sana mendoakan supaya artis kita ini yang usianya hampir mencecah 50 tahun akan membuat keputusan untuk menutup aurat (bertudung), bak kata Ustaz Azhar Idrus (UAI): "Pakai tudung tak wajib, tutup aurat barulah wajib".
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Sumber: Beautiful Nara

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.