close button

close button

Wartawan Hina Nabi Muhammad Tinggalkan Arab Saudi

http://speakerpecah.blogspot.com

JEDDAH -  Permohonan maaf wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari berhubung kontroversi yang dicetuskannya melalui tulisan di akaun Twitter miliknya mengenai Nabi Muhammad SAW gagal menghentikan kempen kumpulan Salafi terhadapnya, sehingga menyebabkan dia melarikan diri dari negara asalnya itu.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kempen yang pada asalnya merupakan reaksi spontan, kini dikendalikan secara teratur dan turut diiringi ugutan mahu bunuh wartawan itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Wartawan akhbar Al-Bilad itu juga menerima pelbagai ancaman selain alamat dan nombor telefonnya diedarkan supaya memudahkan usaha untuk mengesannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada masa yang sama, terdapat laporan yang mengatakan dia kini berada di Kanada, malah ada juga mendakwa Hamza berada di Asia Tenggara.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sabtu lalu, semasa sambutan Maulidur Rasul, Hamza didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam.

Beliau bagaimanapun telah meminta maaf tetapi ia tidak diterima.

Dalam tweetnya, Hamza menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.

Berikutan kejadian itu, satu kumpulan Sheikh Sahwa yang diketuai oleh Sheikh Nasser Al-Omar secara terbuka telah meminta supaya pihak kerajaan mengeluarkan satu keputusan diraja bagi menangkap wartawan itu.


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.