close button

close button

Wartawan Hina Islam & Nabi Dihantar Pulang Kembali Ke Saudi

http://speakerpecah.blogspot.com

SHAH ALAM -  Wartawan Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari (sebelum ini Hamza Kashgari) yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu, akan dihantar pulang ke negara asalnya iaitu di Arab Saudi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengumumkan pendirian kerajaan Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini, Hishammuddin berkata: "Kerajaan Malaysia mengesahkan penahanan Mohammad Najeeb A. Kashgari, seorang rakyat Arab Saudi di KLIA pada 9 Februari lalu."

"Penahan itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Hishammuddin, Malaysia sudah lama mengguna pakai perjanjian yang membolehkan individu-individu yang dikehendaki oleh sesebuah negara dihantar pulang semula ke negara masing-masing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Dengan itu, Mohammad Najeeb A. Kashgari akan dihantar pulang di bawah perjanjian ini. Bentuk tuduhan ke atas individu ini dalam kesnya adalah urusan pihak berkuasa Arab Saudi," katanya lagi.

Sebelum ini, blog Speaker Pecah memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan lelaki itu yang dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan NAbi Muhammad S.A.W.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di KLIA setelah cuba melarikan diri dari negara asalnya.

Dia dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui laman Twitter miliknya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut satu laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan kenyataan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad S.A.W dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.

Difahamkan, Hamza turut menyatakan ada sifat nabi Muhammad S.A.W yang disukai dan tidak disukainya.

Media negara itu melaporkan susulan tulisan lelaki itu, sebanyak 30,000 entri Twitter yang marah dengan kenyataannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.