close button

close button

Wartawan Arab Saudi Hina Nabi Fail Habeas Corpus

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Wartawan akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamed Najeeb yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sebelum ini telah memfailkan permohonan habeas copus agar mahkamah memutuskan sama ada penahanan, penangkapan dan penghantarannya ke Arab saudi semalam sah ataupun sebaliknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Permohonan tersebut difailkan oleh rakannya, Asma' Abdul Razak melalui peguam Muhammad Afiq Mohamad Noor dan Murni Hidayah Anuar hari ini (Isnin).

Hamza Kashgari, 23, selaku pemohon menamakan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Berdasarkan notis usul itu, beliau memohon satu perintah agar dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan dan tidak ditahan semula.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Asma, 31, dalam afidavit yang difailkan bersama permohonan itu berkata, pada 4 Februari lalu, Hamza Kashgari menghantar pesanan menerusi Twitter iaitu puisi sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memadamkan tulisan tersebut keesokan harinya.

Menurut Asma', pihak berkuasa Arab Saudi pada 8 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Hamza atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan beliau diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu dan sekiranya didapai bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Hamza Kashgari ditangkap pada 9 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di mana pada ketika itu beliau dijadualkan dalam perjalanan ke Auckland, new Zealand.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Peguam Murni memaklumkan bahawa Hamza Kashgari kini berada dalam tahanan polis di negaranya.

Beliau berkata, prosiding pendengaran penuh bagi permohonan habeas corpus akan didengar esok.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain itu, Murni berkata pihaknya telah mendapatkan perintah 'interim ex-parte' dari Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Rohana Yusuf bagi menghalang penghantaran Hamza Kashgari ke negaranya sementara menunggu pendengaran penuh habeas corpus.



Sumber: Sinar Harian

3 komen:

  1. Apasal nak semak dengan orang dari negara lain? Ramai lagi orang Malaysia yang miskin memerlukan khidmat peguam.. Yang orang mesir tu biar je la diadili oleh mahkamah mesir sana. Gila glamour ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahnyer....boleh plak nk bela org yg dah tentu murtad....antar je blk arab saudi biar mereka ja yg tentukan...kita sebagai org islam kena la m'pertahankan agama islam bukannya menyokong....

      Delete
    2. ramai sangat yang dah sesat sekarang ni.. yang orang luar murtad dipertahankan.. bodoh sungguh peguam tersebut..

      Delete

Powered by Blogger.