close button

close button

Wanita Mati Ditikam & Dijerut

http://speakerpecah.blogspot.com

KUALA LUMPUR -  Seorang pemandu peribadi wanita di sebuah syarikat teknologi maklumat ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher di dalam keretanya di parkir sebuah Pusat Perniagaan di Seri Kembangan, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa yang berumur 39 tahun itu ditemui oleh suaminya setelah mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong menyebabkan suaminya bimbang dan terus menghubungi majikan serta mencarinya sebelum mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 malam kira-kira 200 meter dari tempat kerjanya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Abd Razak, ketika ditemui pintu kereta mangsa jenis Honda City itu tidak berkunci serta bertutup rapat dan mayat mangsa berada di tempat duduk hadapan bahagian penumpang.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, polis kni sedang menyiasat motif pembunuhan dan mengikut siasatan awal, pihaknya tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang, namun tiada sebarang tanda berlaku pergelutan.

"Kita tidak menolak suspek melakukan jenayah ketika keadaan hujan lebat menyebabkan tindakannya gagl dikesan orang awam," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke hospital Serdang untuk dibedah siasat.



Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.