close button

close button

Ustaz Dicekup Bersekedudukan Dengan Wanita Bukan Muhrim

http://speakerpecah.blogspot.com

PERMATANG PAUH - Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana didapati bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan kini menetap di Lunas, Kedah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan juga, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Lan, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berlainan setiap kali singgah di pangsapuri berkenaan, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada awalnya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu adalah anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita tersebut," katanya.

Sementara itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.

Pengerusi Kariah Masjid Timah, ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.

Kedua-dua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.



Sumber: Sinar Harian

1 komen:

Powered by Blogger.